PENDANG: Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Teknologi Motosikal Modenas dan Kawasaki yang dibangunkan di GiatMARA Pendang, memperkasakan aktiviti kolaborasi antara pusat berkenaan dengan pihak industri melalui konsep pengajaran berasaskan kilang. Ketua Pegawai Eksektif GiatMARA, Ahmad Hamdi Ibrahim berkata, kerjasama itu adalah manifestasi komitmen GiatMARA untuk meningkatkan lagi kualiti latihan kemahiran yang ditawarkan. Menurutnya, kerjasama Modenas dan GiatMARA terjalin sejak awal tahun lalu berikutan kepakaran dan teknologi yang dibawa syarikat pengeluar motosikal…










