Polis tunggu laporan kimia kes keracunan makanan - Utusan Malaysia Polis tunggu laporan kimia kes keracunan makanan

Polis tunggu laporan kimia kes keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Polis masih menunggu laporan kimia bagi melengkapkan siasatan kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian dipercayai selepas makan bihun dan telur goreng dari satu program sekolah agama di Gombak pada 10 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut namun sedang menunggu laporan berkenaan.

Katanya, secara keseluruhan, seramai 22 individu diambil keterangan bagi siasatan kes.

“Ketika ini, kita (polis) masih menunggu laporan kimia yang kebiasaannya akan mengambil masa kira-kira sebulan. Sebaik diperoleh ia akan diteliti untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan 19 bulan dan remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami keracunan makanan dipercayai selepas makan makanan dibawa pulang dari satu program sekolah agama di Gombak di sini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan, seramai 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan. 

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ummi Kalthom Shamsudin dilaporkan berkata, keracunan makanan itu disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur mata yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini