Polis Perak belum terima maklumat kehilangan pemandu e-hailing - Utusan Malaysia

Polis Perak belum terima maklumat kehilangan pemandu e-hailing

AZIZI Mat Aris (kanan) dalam sidang akhbar di IPK Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak belum menerima sebarang maklumat yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang selepas menghantar penumpang ke Teluk Intan, sejak minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, siasatan membabitkan lelaki berusia 33 tahun itu dijalankan pasukan polis Kontinjen Selangor ekoran laporan kehilangannya dilakukan di sana.

“Di Perak, kita tidak menerima laporan bersabit kes pemandu e-hailing yang dikatakan hilang di tempat kita.

“Laporan kehilangannya juga dibuat di tempat lain jadi siasatan pastinya dijalankan oleh mereka. Namun jika lokasinya (kehilangan) di tempat kita, sudah pastilah kita akan beri bantuan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Syahrul Ashraf Dahlan yang tinggal di Pandan Indah, Ampang gagal dihubungi ahli keluarga termasuk isterinya sejak 11 Julai lalu.

Mangsa dikatakan kali terakhir menghubungi abangnya pada hari sama menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini