Pertahan warisan niaga gula-gula ‘tarik’

Pertahan warisan niaga gula-gula ‘tarik’

RAZALI Deraman menunjukkan gula-gula ‘tarik’ yang dijual di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Gula-gula ‘tarik’ yang dijual seorang peniaga di sini masih mendapat permintaan tinggi walaupun pelbagai jenis gula-gula dan manisan baharu berada di pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Razali Deraman, 52, berkata, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan arwah bapa mentuanya sejak 25 tahun lalu, demi memastikan ‘manisan’ itu tidak hilang ditelan zaman.

Katanya, dia berniaga gula-gula ‘tarik’ menggunakan motosikal di tempat tumpuan ramai di sekitar daerah ini termasuk di Pantai Bukit Keluang di sini.

“Sekarang ini jarang orang jual gula-gula ‘tarik’, berban­ding zaman dulu walaupun masih digemari masyarakat setempat dan dijadikan sebagai jajan atau makanan ringan.

“Kanak-kanak sekarang mengetahui gula-gula ‘tarik’ tetapi tidak pernah makan dan lihat manisan tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Keluang di sini, semalam.

Katanya, gula-gula ‘tarik’ itu dijual pada harga RM1 bagi empat biji dan dia mampu meraih pendapatan sekitar RM80 sehari.

Razali berkata, gula-gula ‘tarik’ turut diminati golangan dewasa yang ingin mengembalikan memori mereka ketika kecil.

“Terdapat dalam kalangan golongan tersebut ke Pantai Bukit Keluang hanya untuk membeli gula-gula ‘tarik’ semata-mata mahu mengembalikan kenangan zaman kecil mereka sekali gus memperkenalkannya kepada anak-anak,” katanya.

Menurutnya, terdapat lima perisa yang diperkenal dan se­ring mendapat permintaan pe­langgan iaitu perisa bandung, pandan, jagung, kopi serta original.

“Gula-gula ini dibuat dalam bentuk satu adunan dos, ia ditarik dan dipotong mengikut kuantiti yang diminta pelanggan sebelum disalut dengan bijan.

“Pada zaman dulu, pembe­lian gula-gula ini beserta de­ngan ‘permainan tikam hadiah’ dan berpeluang memperoleh hadiah jika dibeli dalam kuantiti ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN