PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan penglibatan penguat kuasa dalam melindungi kegiatan haram di bandar-bandar besar terutama aktiviti penjaja yang dikuasai oleh warga asing. Kegiatan itu dikesan selepas premis-premis perniagaan yang dijalankan warga asing kian bertambah ibarat tumbuh selepas hujan. Bukan itu sahaja, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dijalankan oleh pihak berkuasa, ia seakan-akan tidak memberi kesan. Penguat kuasa juga seolah-olah dilihat bermain wayang dan tidak bersungguh dalam tindakan.…