LONDON: Majoriti rawatan tambahan IVF yang dijual kepada individu yang berharap dapat meningkatkan peluang untuk memiliki zuriat, didapati tidak disokong oleh bukti yang boleh dipercayai, gagal meningkatkan kesuburan malah mungkin menjadi pembaziran wang yang sia-sia, demikian rumusan sebuah kajian terbesar seumpamanya. Sejak kebelakangan ini, terdapat lonjakan dalam penawaran prosedur, ubat-ubatan atau teknik ekstra kepada pesakit sebagai tambahan kepada rawatan standard IVF, disertai dakwaan besar bahawa ia mampu meningkatkan kebarangkalian kejayaan.…










