Pengeluaran durian di Terengganu merosot 40 peratus - Utusan Malaysia

Pengeluaran durian di Terengganu merosot 40 peratus

MOHD. Fadlee Hassan (kanan) menunjukkan antara buah-buahan tempatan pada Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tempatan di SK Bukit Kuang, hari ini. - UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan pengeluaran durian di negeri ini merosot 40 peratus berbanding pengeluaran tahun lalu, kira-kira 6,000 matrik tan.

Pengarah FAMA Terengganu, Mohd Fadlee Hassan berkata, kemerosotan pengeluaran raja buah itu dijangka susulan faktor cuaca panas terik yang melanda negeri ini beberapa bulan lalu.

“Musim durian di negeri ini dijangka bermula minggu hadapan dan ketika ini sudah ada buah yang mulai gugur.

“Kadar air yang berkurangan dalam tanah berikutan cuaca panas ketika musim pokok berbunga menyebabkan bunga buah itu gugur dan saiz buah juga dijangka lebih kecil berbanding kebiasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran tempatan peringkat negeri, di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuang, di sini, hari ini.

Mohd. Fadlee berkata, sebelum ini, kebanyakan buah yang dijual di pasaran adalah buah dari negeri luar termasuk Johor dan Perak.

“Pada musim durian kali ini, harga durian di peringkat ladang dianggarkan RM7 hingga RM10 sekilogram dan saya yakin harga ini adalah harga terbaik untuk petani.

“Kita akan mengambil langkah membeli buah dari petani sekiranya harga buah durian merosot hingga RM4 sekilogram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN