GOMBAK: Seorang pemandu lori dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 44, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.02 pagi. Menurutnya, seramai tujuh anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang digerakkan ke lokasi. “Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kemalangan membabitkan lori kontena, lori…








