Pemandu lori maut, isteri cedera dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut, isteri cedera dalam kemalangan

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang maut tersepit dalam kemalangan di Kilometer 150, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran Bukit Gambir, Tangkak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang pemandu lori maut, manakala sterinya cedera apabila lori yang dinaiki terbalik di Kilometer 150, Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan berhampiran Bukit Gambir, di sini. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, PPgB Mohd. Farizan Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9.13 pagi tadi. 

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori Toyota Dyna satu tan dan sebuah kereta Proton Saga FLX. Pemandu lori telah tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan  alat pemotong.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di tempat kejadian. Penumpang lori seorang perempuan dipercayai isteri pemandu lori mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital berhampiran dengan menaiki ambulans,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mangsa maut ialah Yuzairi Mansor, 43, manakala isteri nya, Nur Atikah Hussin, 30, mengalami kecederaan.

Pemandu Proton Saga, Muhammad Shahit Abu Thohib, 28, tidak mengalami kecederaan dalam nahas terbabit.

Sebuah jentera dari BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera dari BBP Tangkak dengan kekuatan keseluruhan 13 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Punca nahas masih dalam siasatan dan operasi tamat kira-kira pukul 10.03 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya