Dua maut dalam nahas tiga kenderaan

Dua maut dalam nahas tiga kenderaan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Mambau, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 9.34 malam, ketika sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun dalam perjalanan dari Kampung Bemban menghala ke Sikamat.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu melanggar cermin sisi kanan kereta tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal telah hilang kawalan lalu melanggar sebuah motosikal yang berada di belakang kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azahar berkata, akibat kemalangan tersebut kedua-dua penunggang motosikal berkenaan iaitu S. Are Chandran, 46, dan R. Gopal meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu serta dua penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN