BUTTERWORTH : Seorang pekerja asing maut selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan alang dan bumbung di sebuah kilang pembuatan di Perai, di sini, semalam. Jurucakap Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang memaklumkan, sepasukan pegawai penyiasat bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung kemalangan terbabit. “Siasatan awal mendapati, mangsa adalah pekerja kontraktor yang dilantik kilang terbabit untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan alang…