KUALA SELANGOR: Parlimen Tanjong Karang dan Sungai Besar di Selangor berisiko ‘hilang’ jika persempadanan semula kawasan dilaksanakan berdasarkan jumlah 100,000 pengundi. Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku berikutan jumlah pengundi bagi kedua-dua Parlimen itu tidak melebihi 100,000 orang. “Kalau mereka (Pakatan Harapan) mengguna pakai formula satu Parlimen pengundi minimum 100,000, bermakna Sungai Besar dan Sabak Bernam akan dijadikan satu. “Sebab kalau…