KUALA LUMPUR: Majlis pecah tanah projek pembangunan Kampung Sungai Baru akan dilaksana pada hujung tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, kerja-kerja pembinaan pula dijadual bermula pada suku pertama 2025. Katanya, pihaknya sudah bertemu dengan kedua-dua pihak di bangunan pejabat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dan mendengar setiap penjelasan dan harapan yang disuarakan. Bagaimanapun katanya, setelah pertimbangan dibuat, beliau berpandangan kerajaan harus berlaku adil…