SEREMBAN: Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepatutnya berfungsi sebagai pusat pemulihan, latihan dan pendidikan bagi kanak-kanak autisme dan orang kurang upaya (OKU). Pengerusi Pertubuhan Guru, Ibu Bapa dan Anak Berkeperluan Khas Negeri Sembilan, Habsah Yusof berkata, kewujudan PDK mampu menampung isu kekurangan pusat jagaan autisme di negara ini. Namun, malangnya menurut beliau, PDK yang memang banyak beroperasi di seluruh negara termasuk di luar bandar tidak berfungsi sebaiknya ekoran petugasnya tidak terlatih. “Sudah ada PDK, naik taraf sahaja. Ia bukan hanya memberikan kemudahan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya