Warga emas trauma selepas polis tersalah serbu rumah dalam operasi dadah - Utusan Malaysia

Warga emas trauma selepas polis tersalah serbu rumah dalam operasi dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOUTHAMPTON: Seorang warga emas berusia 80 tahun dalam ketakutan selepas kediamannya diserbu oleh pasukan polis Metropolitan dalam satu operasi membanteras dadah sebelum menyedari mereka tersilap alamat.

Lorrimer Christians yang ketika itu berusia 79 tahun bersiap untuk tidur di rumahnya di Southampton apabila anggota skuad dadah merempuh pintu depan rumahnya menggunakan alat pemecah besi.

Polis pada mulanya menyangka terdapat simpanan bahan terlarang di rumah tersebut ketika mereka melaksanakan waran geledah namun ternyata alamat yang diserbu adalah salah.

Menurut laporan, walaupun Christians memberitahu polis dia sedang turun tangga untuk membuka pintu, mereka tetap memecah masuk.

Cucunya, Amy Cruise berkata, insiden itu meninggalkan kesan mendalam terhadap datuknya sehingga ambulans terpaksa dipanggil kerana dia mengalami kejutan.

“Datuk saya bersiap untuk tidur, tiba-tiba mereka gunakan alat pemecah pintu berwarna merah untuk rempuh masuk. Mereka terpaksa hubungi ambulans kerana datuk saya terlampau terkejut.
Tapi sekarang, dia rasa tak selamat langsung. Dia hidup dalam ketakutan jika polis datang lagi rempuh pintu,” kata Amy.

Polis Metropolitan memohon maaf berhubung kesilapan yang dilakukan oleh pasukan dari Catford, London Tenggara namun Christians masih belum pulih daripada trauma tersebut.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata, anggotanya menyerbu kediaman di alamat yang salah disebabkan kecuaian.

“Sebaik sahaja kesilapan itu disedari, anggota kami terus memohon maaf kepada penghuni rumah dan kami sekali lagi ingin memohon maaf hari ini. Kami faham ini pasti menyebabkan tekanan dan kekeliruan yang besar,” katanya.

Serbuan itu turut menyebabkan kerosakan besar pada pintu depan rumah mangsa termasuk kaca tingkap yang retak dan pintu berlubang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN