Israel masih tidak cukup tentera untuk lenyapkan Gaza, Hamas - Utusan Malaysia

Israel masih tidak cukup tentera untuk lenyapkan Gaza, Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel memerlukan puluhan ribu anggota tentera untuk meneruskan serangan di Gaza dan akan keluarkan notis kerahan dalam masa terdekat.

Pengumuman itu dibuat ketika empat anggota tentera Israel terbunuh di Khan Younis, Gaza, dipercayai akibat serangan Hamas, manakala serangan Israel meragut nyawa 38 penduduk setempat ketika sambutan Aidiladha.

Ia berlaku ketika kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berdepan ancaman kejatuhan akibat isu pengambilan Yahudi ultra-Ortodoks, yang selama ini dikecualikan, ke dalam perkhidmatan tentera.

Jurucakap tentera, Effie Defrin, berkata kesemua anggota terbabit maut ketika menjalankan operasi di kawasan Khan Younis, dalam sebuah kompleks milik pejuang Hamas.

“Kira-kira pukul 6 pagi, satu letupan berlaku menyebabkan sebahagian struktur bangunan runtuh,” katanya sambil memberitahu lima lagi anggota turut cedera, dengan seorang daripadanya parah.

Jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, Abu Obeida pula berkata, kehilangan dialami tentera penjajah di Khan Younis menunjukkan apa yang bakal dihadapi oleh mereka di mana sahaja mereka berada.

Beliau turut menggesa rakyat Israel supaya ‘memaksa pemimpin mereka menamatkan perang pemusnahan ini atau bersedia menerima lebih ramai anak-anak mereka dalam keranda’.

Dengan kematian terbaharu itu, jumlah tentera Israel yang terkorban di Gaza sejak serangan darat bermula pada akhir Oktober 2023 meningkat kepada 429 orang.

Israel kini meningkatkan kempen ketenteraan di Gaza dalam usaha yang didakwa sebagai dorongan baharu untuk menumpaskan pejuang Hamas, susulan serangan kumpulan itu pada 7 Oktober 2023 yang mencetuskan peperangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN