KEMAMAN : Nasib malang seorang murid perempuan orang kelainan upaya (OKU) di Hulu Jabor, dekat sini, yang dipercayai dirogol jirannya, terbongkar selepas rahsia itu dirungkai gurunya setelah dia enggan pulang ke kediamannya selepas sesi persekolahan. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kanak-kanak berusia 11 tahun yang merupakan OKU lembam itu mendakwa diperkosa lelaki warga emas berusia 63 tahun itu beberapa kali sejak empat bulan lalu. “Murid tersebut memberitahu…