Penguatkuasaan Rukun Tetangga - Utusan Malaysia

Penguatkuasaan Rukun Tetangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 26 Julai 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengumumkan Rukun Tetangga akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Pelbagai pihak mengalu-alukan cadangan mewajibkan rakyat berumur 18 hingga 55 tahun mendaftarkan diri untuk tugas mengawal kawasan masing-masing di bawah Rukun Tetangga.

Bagaimanapun, mereka berpendapat had umur maksimum haruslah dikurangkan kepada 45 tahun sahaja.

Rukun Tetangga akan dimulakan di bandar dan pekan besar, bertujuan mencegah kegiatan jenayah kecil dan memberi rasa tanggungjawab mengawal keselamatan kawasan dalam kalangan penduduk.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 26 Julai 1968
    Malaysia dan Nepal berikrar bekerjasama dalam semua lapangan terutama ekonomi dalam satu kenyataan bersama pada akhir lawatan Tunku Abdul Rahman ke negara tersebut.
  • 26 Julai 1970
    Filem “Perintah Seri Paduka” arahan S. Kadarisman, lakonan Noor Azizah dan Noran Nordin ditayangkan kepada wartawan diakui sangat menarik dari segi teknik dan persembahan.
  • 26 Julai 1984
    Bendera Malaysia berkibar secara rasmi di Perkampungan Sukan Olimpik di Universiti of California Los Angeles (UCLA).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya