Jiran cabul budak perempuan berusia 10 tahun - Utusan Malaysia

Jiran cabul budak perempuan berusia 10 tahun

ANGGOTA polis membawa lelaki yang disyaki mencabul budak perempuan berusia 10 tahun keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencabul budak perempuan berusia 10 tahun yang juga jirannya dalam kejadian, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, kejadian berlaku di rumah mangsa di daerah ini kira-kira pukul 6.30 pagi.

Menurut beliau, suspek yang berusia 45 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu ketika kanak-kanak perempuan tersebut sedang tidur.

“Perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada kakaknya sebelum pihak keluarga membuat laporan polis.

“Susulan laporan itu, polis melancarkan gerakan mencari dan berjaya menahan suspek di tepi jalan di Kampung Manir dekat sini pada pukul 6.30 petang, kelmarin.

“Keputusan saringan air kencing mendapati suspek turut positif bahan terlarang dan suspek kini ditahanan polis bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Abdul Rahim, Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek bermula semalam.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Katanaya, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya