PETALING JAYA: Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan mana-mana ahli Parlimen yang terhenti menjadi ahli partinya maka kerusinya di Dewan Rakyat hendaklah dikosongkan. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selaras dengan peruntukan tersebut, pihaknya telah membuat pindaan perlembagaan parti untuk memasukkan keadaan yang-mana wakil rakyat parti itu terhenti keahliannya serta merta apabila gagal mematuhi arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). “Antara arahan bertulis yang diberikan…










