KUALA SELANGOR: Enam ahli parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bekas anggota Parti Bersatu didakwa digugurkan keahlian mereka dalam parti itu bukan dipecat atau dibuang. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu dilakukan mengikut aturan yang betul dengan meminda Perlembagaan Bersatu supaya selaras dengan peruntukan Akta Anti Lompat Parti. “Jika seseorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri Bersatu membuat sesuatu yang dianggap melanggar dasar parti, maka…