PENAMPANG: Seorang wanita ditemukan lemas dipercayai dihanyutkan arus deras akibat banjir yang berlaku di daerah ini semalam. Mangsa dikenali sebagai Monica Ting, 37, ditemukan lemas kira-kira pukul 8 pagi tadi berhampiran bulatan Sigah. Ketua Polis Daerah Penampang, Supernitendan Sammy Newton berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. “Mayat mangsa tersebut tersangkut di celah-celah pagar dan pokok bunga. “Mangsa dipercayai dihanyutkan semasa sedang melintasi kawasan yang…