Jenazah dua beradik lemas selamat dikebumikan

Jenazah dua beradik lemas selamat dikebumikan

JENAZAH dua beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana, Negeri Sembilan hari ini. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Jenazah dua beradik yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian kereta menggelongsor ke dalam sungai di Tanjung Agas, Linggi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana di sini, sebentar tadi.

Bapa kanak-kanak itu yang kini direman turut dibawa ke tanah perkuburan oleh polis, namun kemudian dibawa pergi sebelum jenazah kedua-duanya dikebumikan.

Difahamkan lelaki berusia 46 tahun itu turut dibawa ke hospital sebelum itu bagi melihat urusan jenazah kedua-dua anaknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd. Asri Abdullah berkata, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan hari ini memutuskan kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dan kakaknya berusia lapan tahun yang terlibat dalam tragedi pada 4 September lalu adalah beragama Islam pada masa kematian mereka.

“Oleh itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua jenazah si mati dikebumikan mengikut ajaran Islam. JHEAINS merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan dalam mengurus perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati, penduduk kariah serta beberapa saksi di lokasi kejadian turut hadir bagi melihat sendiri urusan pengebumian dua beradik berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan dua beradik meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki menggelongsor ke dalam sungai di Tanjung Agas.

Susulan nahas itu, dua individu ditahan reman selepas memberikan keterangan meragukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

Semakan rekod lampau terhadap suspek lelaki mendapati, terdapat sebanyak 16 kes di mana empat kes dikehendaki (wanted) manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Dalam pada itu, semakan ke atas kereta terbabit merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang.

Setakat ini, seramai 15 individu termasuk termasuk ibu kepada dua beradik itu telah diambil keterangan. Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN