Malaysia jamin jaga hak asasi, kebajikan pekerja Indonesia

Malaysia jamin jaga hak asasi, kebajikan pekerja Indonesia

ANWAR Ibrahim (kanan) melakukan perbincangan bersama , Retno Marsudi di Perdana Putra, hari ini. -FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memberi jaminan untuk kekal komited meningkatkan perlindungan hak asasi dan kebajikan lebih 500,00 pekerja Indonesia di dalam negara ini.

Jaminan tersebut disuarakan Perdana Menteri semasa menerima kunjungan Menteri Luar Negeri Indonesia, Retno Marsudi di Perdana Putra, hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengadakan perbincangan bersama Retno selama 30 minit meliputi pelbagai perkara dari hubungan antara Malaysia-Indonesia dan isu Palestin.

“Malaysia dan Indonesia sepakat memberikan sokongan teguh pada perjuangan menuntut keadilan buat rakyat Gaza, serta penerimaan Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Menyentuh isu sempadan Malaysia-Indonesia, kami senada mempergiat usaha dan perbincangan bagi mencapai kesepakatan dan penyelesaian menang-menang, khususnya membabitkan sempadan Sabah-Kalimantan Utara yang sedang dimuktamadkan,” kata beliau di Facebook, hari ini.

Mengulas mengenai isu tangkapan bot nelayan membabitkan warga Malaysia dan Indonesia, Anwar berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk menghormati proses perundangan yang berjalan.

“Sebarang perbincangan atau permohonan adalah tertakluk pada ketetapan dalam memorandum persefahaman (MoU) Common Guidelines,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan lanjut turut membabitkan  isu krisis kemanusiaan yang membimbangkan di Myanmar.

“Saya nyatakan kesediaan Malaysia bekerjasama dengan Indonesia dan Laos bagi memastikan kesinambungan dalam usaha menyelesaikan krisis serta meneroka penyelesaian damai.

“Saya juga hargai perkongsian Ibu Retno mengenai pengalaman Indonesia mempengerusikan ASEAN. Ia tentunya menjadi panduan berguna tatkala Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN