KUALA LUMPUR: Negara mempunyai pakar untuk menangani serangan siber dalam pelbagai bentuk termasuk cubaan mengganggu dan mengintip sistem pertahanan negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui serangan siber ke atas sistem pertahanan negara terus berlaku dan turut menjadi ancaman kepada sektor lain. “Yang penting ketika ini adalah kita perlu ada kekuatan dan kemampuan untuk menanganinya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM Energy &…










