KTMB sambut kepulangan tren ASEAN Express 

KTMB sambut kepulangan tren ASEAN Express 

MOHD Zain Mat Taha (Kiri) bersama Pengarah Eksekutif Masavan, Datuk Tan Keng Choon menyambut ketibaan ASEAN Express di Depoh Pelepasan Dalam Negeri Kontena Nasional (KNICD), di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyambut kepulangan tren ASEAN Express yang melakukan perjalanan sulungnya merentasi Thailand dan Laos pada 27 Jun lalu.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha berkata, ketibaan tren tersebut adalah kejayaan pertama ASEAN Express merentasi negara selepas bertolak dari Chongqing, China pada 27 Julai.

Menurut beliau, KTMB menawarkan dua perkhidmatan tren ASEAN Express setiap minggu bagi laluan pergi dan balik, membawa 40 unit kontena  melalui Thailand dan Laos ke China. 

“Perjalanan kargo yang diambil menggunakan laluan ini lebih cepat berbanding laut dengan mengambil masa hanya sembilan hari  untuk sampai ke China dan balik semula ke Malaysia,” kata beliau pada sidang media selepas menyambut kepulangan ASEAN Express di Depoh Pelepasan Dalam Negeri Kontena Nasional (KNICD), di sini hari ini.

Pada 27 Jun lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke merasmikan pelepasan ASEAN Express yang  melakukan perjalanan sulung merentasi tiga negara ASEAN. 

Perjalanan itu dijangka mampu menjimatkan masa dalam perkhidmatan logistik negara, sekali gus meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan China

Dalam pada itu, Ketua Perancangan Korporat KTMB, Abdul Salim Shah Abdul Aziz berkata, pelaksanaan ASEAN Express akan memberi impak pertumbuhan yang baik kepada pelabuhan darat di negara ini. 

“Pelabuhan darat di Malaysia mampu menerima impak yang besar daripada laluan rentas Asia Tenggara yang pertama ini.

“Perkembangan laluan tren ini juga akan mampu untuk menjadikan pelabuhan kargo darat bahagian utara seperti Ipoh dan Padang Besar sebagai hab manakala Segamat di selatan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN