KPDN Johor rampas barangan lebih RM19 juta

KPDN Johor rampas barangan lebih RM19 juta

Lilis Saslinda Pornomo (kanan) bersama Dr. Mokhtar Pungut@Ahmad meninjau jualan Rahmah pada sesi walkabout Program Jualan Rahmah (PJR) Madani di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru hari ini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak RM19,319,218.54 nilai rampasan barangan diperolehi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Johor (KPDN) hasil pemeriksaan dari 1 Januari hingga 14 Julai 2024.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, nilai rampasan itu merupakan 570 kes dari pemeriksaan sebanyak 41,644 jenis barangan seluruh Johor.

“Hasil tindakan ke atas ke semua kes itu KPDN Johor mengenakan kompaun sebanyak RM108,200 telah dikenakan manakala nilai denda mahkamah sebanyak RM382,220.

“Pihak kami juga telah menerima empat aduan berkaitan kenaikan harga semenjak penyasaran subsidi diesel dalam Ops Kesan 2.0,” katanya kepada pemberita pada sesi walkabout Program Jualan Rahmah (PJR) Madani di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Hadir sama ialah Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mokhtar Pungut@Ahmad*

Menurut beliau, PJR yang diadakan di HSA menawarkan penjualan 48 item barangan keperluan harian dan asas dengan kadar potongan antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal.

Ujarnya, program ini adalah seiring dengan inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna Dari kalangan berpendapatan rendah.

Antara barangan keperluan asas yang ditawarkan seperti beras, telur, minyak masak, tepung gandum dan sebagainya dengan kadar potongan harga sehingga 30 peratus.

Tambanya, sebanyak 341 inisiatif jualan PJR Madani telah dilaksanakan seluruh negeri Johor bermula Januari hingga Julai tahun ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini