KKM kaji SOP penjualan, penggunaan racun

KKM kaji SOP penjualan, penggunaan racun

DZULKEFLY Ahmad (lima dari kanan) menyerahkan plak pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) kepada salah seorang peniaga sewaktu Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Kompleks Komalaut 2, Kuala Perlis, Perlis, semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melihat semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penjualan dan penggunaan racun dalam kalangan masyarakat.

Menterinya, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kejadian meragut nyawa dua beradik yang termakan keropok mengandungi racun tikus sebelum ini menjadi peringatan bagi melihat semula keperluan dalam menguatkuasakan peraturan berkaitan penjualan dan penggunaan bahan tersebut.

Katanya, bagi tujuan itu, KKM akan melibatkan agensi-agensi lain dalam menguatkuasakan peraturan tersebut.

“Ini adalah satu perkara yang saya perlu susuli, kita tahu racun-racun ini boleh membawa maut dan dengan kejadian sebegini, ia mengingatkan kami khususnya tentang penguatkuasaan akan peraturan-peraturan dari segi SOP menggunakan racun itu,” katanya selepas Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Kompleks Komalaut 2, Kuala Perlis, di sini, semalam.

Dalam kejadian di Kulim itu, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, meninggal dunia selepas termakan keropok bercampur racun tikus.

Racun jenis serbuk itu dipercayai digunakan oleh penduduk untuk memerangkap haiwan liar terutama monyet yang didakwa merosakkan tanaman mereka dan mengganggu ketenteraman penduduk.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa dan sampel berkaitan juga telah diserahkan kepada polis.

“KKM tidak dapat memberi sebarang kemas kini sehingga menerima perkembangan laporan terkini daripada polis,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas program berkenaan, Dzulkefly berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, sebanyak 63,784 premis diperiksa dengan 16,414 notis kesalahan di bawah Seksyen 32B, Akta Makanan 1983 (Akta 281) telah dikeluarkan, manakala 910 premis diarah tutup.

Kata beliau, bagi tempoh sama, sebanyak 8,612 operasi telah dilaksanakan di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 berkaitan larangan merokok di kedai makan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN