Ketua Pemuda UMNO Kelantan diumum sebagai calon BN PRK Nenggiri

Ketua Pemuda UMNO Kelantan diumum sebagai calon BN PRK Nenggiri

MOHD. AZMAWI FIKRI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani secara rasminya diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub semasa sidang media di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Pemilihan Mohd. Azmawi tetap kerana pemimpin muda itu sudah sinonim dengan penduduk di kawasan berkenaan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Barisan Nasional (BN) Kelantan dijangka mengumumkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon parti itu dalam usaha merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang pada 17 Ogos ini.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber rapat BN berkata, pemilihan tokoh muda itu dibuat selepas Mohd. Azmawi memperoleh undian tertinggi kepimpinan UMNO Bahagian Gua Musang.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Ia selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Bersatu mengenai pengguguran keahlian bekas ADUN Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim daripada Bersatu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN