Kes Hafizul Hawari dipindah ke Sepang ditetapkan 10 Ogos

Kes Hafizul Hawari dipindah ke Sepang ditetapkan 10 Ogos

ANGGOTA polis membawa Hafizul Hawari (tengah) untuk prosiding sebutan semula tujuh kes termasuk pertuduhan memiliki senjata api di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan semalam. – UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mahkamah Se­syen di sini semalam menetapkan 11 Ogos ini untuk pemakluman status permohonan pemindahan tujuh kes yang dihadapi pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari, 38, atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api ke Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor.

Hakim Zulkifli Abllah memaklumkan tarikh berkenaan pada pengurusan kes tersebut yang berlangsung semalam.

Prosiding dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohd. Faris Syazwan Zainuzzaman.

Nik Mohd. Faris berkata, prosiding semalam juga merupakan sebutan semula kes, namun pihaknya belum mendapat keputusan berhubung permohonan pemindahan kes tersebut ke Mahkamah Sesyen Sepang.

“Sebelum ini, kita memohon kepada pihak pendakwa raya untuk memindahkan kesemua tujuh kes Hafizul ke Mahkamah Sepang memandangkan anak guam kami juga mempunyai kes di sana.

“Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan sebagai tarikh se­butan semula bagi mengetahui status permohonan berkenaan. Hafizul kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Hafizul mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api di Mahkamah Sesyen di sini pada 24 April lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×