KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti secara serius berhubung waktu untuk membuat aduan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sekiranya berlaku kecurian wang selepas pukul 8 malam. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail berkata, operasi NSRC ketika ini bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam, sekali gus perkara itu perlu diubah mengikut cabaran situasi pada waktu kini. “Hunting line (talian buruan) kita 997 tetapi orang tanya…