JWP taja caruman Perkeso untuk 434 suri rumah

JWP taja caruman Perkeso untuk 434 suri rumah

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) memperuntukkan sebanyak RM52,080 untuk menaja caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi 434 suri rumah di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, suri rumah yang menerima tajaan tersebut berstatus miskin tegar dan belum pernah mencarum SKSSR.

Menurut beliau, setiap individu akan menerima tajaan caruman berjumlah RM120 bagi tahun pertama.

“Dalam usaha memperluas perlindungan sosial kepada penjaja di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaja 10 peratus daripada caruman SKSPS untuk tahun pertama melibatkan 2,095 penjaja dari program Lestari Niaga.

“Dengan syarat mereka melepasi saringan yang telah ditetapkan iaitu mempunyai lesen aktif, tiada tunggakan sewa, tiada tunggakan kompaun DBKL dan tiada perlindungan aktif semasa dengan Perkeso,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Zaliha berkata, bagi memastikan lebih ramai penjaja dalam program Lestari Niaga Kuala Lumpur menerima manfaat tajan tersebut, mereka diberi ruang dan peluang untuk memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan sehingga November ini.

“DBKL turut akan meneliti kemungkinan untuk menjadikan caruman SKSPS ini sebagai syarat wajib memohon lesen perniagaan pada masa akan datang.

“Tajaan caruman Perkeso bagi penjaja dalam program Lestari Niaga ini juga dipanjangkan ke Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Terdahulu, JWP dan Perkeso majlis Pertukaran Surat Niat di Jalan Wirawati, Kampung Pandan, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Usaha tersebbut dilihat mencerminkan komitmen kerjasama kedua-dua pihak dalam meningkatkan jangkauan perlindungan sosial kepada golongan rentan di Wilayah Persekutuan.

Ini merupakan langkah penting dalam memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menikmati manfaat perlindungan sosial yang disediakan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN