Pencarum boleh batal Lindung 24 Jam mulai Isnin

Pencarum boleh batal Lindung 24 Jam mulai Isnin

Mohammed Azman Aziz Mohammed dalam sidang akhbar mengenai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) di Menara Perkeso Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pencarum bo­leh membatalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) dengan melengkapkan perakuan pelepasan liabiliti secara dalam talian mulai Isnin ini.

Ia bagi mengesahkan bahawa mereka tidak lagi menerima perlindungan sekiranya berlaku kemalangan di luar waktu be­kerja.

Perakuan itu akan menjadi asas perundangan sekiranya berlaku sebarang pertikaian pada masa depan, khususnya membabitkan tuntutan akibat kemalangan, kecederaan atau kematian di luar waktu kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, borang berkenaan perlu diisi oleh pencarum yang memilih untuk keluar daripada skim itu dan akan tersedia secara dalam talian menerusi laman sesawang Perkeso mulai Isnin ini.

“Jika berlaku kemalangan, kecederaan atau kematian di luar waktu bekerja, majikan atau Perkeso tidak akan bertanggungjawab menyediakan perlindungan dan bayaran kerana pekerja sendiri telah memilih untuk tidak meneruskan caruman,” katanya dalam sidang akhbar khas di Menara Perkeso di sini, semalam.

Menurut Mohammed Azman, pekerja boleh mengisi sendiri borang berkenaan secara dalam talian, namun perlu memaklumkan keputusan itu kepada bahagian sumber manusia atau majikan kerana pembayaran caruman dibuat oleh pihak maji­kan.

Katanya, pilihan keluar itu berkuat kuasa selepas perakuan diterima dan pekerja yang berbuat demikian pada bulan ini tidak perlu meneruskan caruman bagi Julai.

“Bagaimanapun, caruman yang telah dibayar sebelum ini tidak akan dipulangkan kerana perlindungan di bawah Lindung 24 Jam telah berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu.

“Pekerja yang memilih untuk menarik diri masih boleh menyer­tai semula skim itu pada bila-bila masa, manakala caruman bagi pekerja asing kekal mandatori,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, kerajaan me­mutuskan caruman Lindung 24 Jam dilaksanakan secara sukarela bagi pekerja tempatan berkuat kuasa serta-merta.

Sehingga 9 Julai, sebanyak 207,000 majikan telah mendaf­tar di bawah skim itu melibatkan kira-kira 2.27 juta pekerja, dengan jumlah caruman terkumpul sebanyak RM58 juta dan 1,056 kes tuntutan direkodkan.

Daripada jumlah pekerja berkenaan, seramai 1.92 juta merupakan pekerja tempatan, manakala 307,000 lagi ialah pekerja asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN