SHAH ALAM: Pemeliharaan hutan simpan secara keseluruhan 31.7 peratus di Selangor terus menimbulkan persoalan apabila terdapat projek-projek pembangunan dan perlombongan didedahkan menyebabkan sebahagian kawasannya semakin mengecil. Malah, taburannya juga didakwa tidak seimbang menyebabkan sebilangan besar kawasan-kawasan pesat di negeri ini berdepan ancaman alam sekitar seperti bencana banjir dan tanah runtuh akibat kekurangan kawasan tadahan air. Selain itu, kawasan hutan simpan seperti di bandar raya ini, Petaling Jaya dan Puchong didakwa…










