Gas hidrokarbon bocor: Seorang pekerja cedera, dua selamat - Utusan Malaysia

Gas hidrokarbon bocor: Seorang pekerja cedera, dua selamat

ANGGOTA bomba melakukan semburan 'cooling down' pada paip yang bocor di kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pekerja cedera manakala dua rakannya terselamat, dalam kejadian kebocoran gas hidrokarbon di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Kerteh, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.05 petang, mangsa berusia 29 tahun cedera di bahagian betis selepas terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri ketika kejadian tersebut.

Dua lagi pekerja masing-masing berusia 23 dan 45 tahun tidak mengalami kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, seramai 15 anggota dari Balai Bomba Kerteh dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pihaknya.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kita dapati terdapat kebocoran gas di bahagian paip ‘onshore’ yang bersaiz lima inci yang sedang dalam proses baik pulih oleh kontraktor yang dilantik.

“Kami membuat semburan ‘cooling down’ pada paip tersebut hingga tekanan gas itu hilang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azman berkata, operasi ditamatkan kira-kira pukul 5.28 petang dan siasatan lanjut mengenai punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×