DUNGUN: Kegembiraan dua penuntut Universiti Seoul, Korea Selatan, mandi bersama rakan-rakannya di Air Terjun Lubuk Kain Sungai Bangan, Hulu Dungun, dekat sini bertukar tragedi apabila kedua-dua mereka ditemukan lemas, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mukhriz Nor Mohamad masing-masing berusia 20 tahun dan berasal dari Kuantan, Pahang ditemukan kira-kira pukul 1.45 tengah hari. Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa yang sedang bercuti…