Dewan Rakyat lulus 4 RUU kompetensi saksi kanak-kanak

Dewan Rakyat lulus 4 RUU kompetensi saksi kanak-kanak

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan empat rang undang-undang (RUU) berkaitan kompetensi saksi kanak-kanak termasuk RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2024.

Tiga RUU lain diluluskan bagi bacaan kali kedua dengan lebih suara bersetuju selepas masing-masing dibahaskan empat ahli parlimen ialah RUU Keterangan (Pindaan) 2024, RUU Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 danRUU Angkatan Tentera (Pindaan) 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia bertujuan bagi mewujudkan kedudukan kompeten saksi kanak-kanak untuk memberi keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah akta terbabit.

Beliau ketika menggulung perbahasan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 itu berkata, ia juga membabitkan mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, dan pensabitan seseorang bagi kesalahan di bawah akta itu.

“Atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam jadual kepada akta itu sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak, hendaklah diuruskan mengikut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×