KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 26 November ini bagi mendengar perbicaraan kes Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard atas pertuduhan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam laman Facebook miliknya. Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan perbicaraan didengar selama dua hari berturut-turut sehingga 27 November ini. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan dan memohon…