PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan perlu mencari strategi baharu bagi mengubah persepsi pelajar yang sering menganggap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai sukar dan mudah untuk gagal dalam peperiksaan. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, jika tanggapan tersebut tidak diubah dengan segera, pelajar akan berterusan beranggapan seperti itu dan akhirnya negara yang rugi. Katanya, kerajaan juga perlu mencari punca utama kekurangan pelajar STEM supaya isu…