Buruh ditahan disyaki rogol anak perempuan OKU - Utusan Malaysia

Buruh ditahan disyaki rogol anak perempuan OKU

MAIZURA ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang buruh ditahan polis selepas disyaki merogol anak perempuannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) berusia 13 tahun, di Ketengah Jaya, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, perbuatan terkutuk bapa berusia 45 tahun itu terbongkar apabila pihaknya menerima laporan selepas remaja yang merupakan OKU masalah pembelajaran itu melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah klinik kesihatan, kira-kira pukul 7 petang semalam.

“Pada awalnya mangsa yang mengadu sakit perut dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan oleh keluarganya.

“Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati mangsa sebenarnya hamil dan dia tiba-tiba bersalin di klinik tersebut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Maizura berkata, remaja perempuan itu dan bayinya kemudiannya dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, susulan itu, pihaknya telah menahan bapa mangsa awal pagi tadi bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah diperkosa bapanya sejak berusia 12 tahun.

“Suspek juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN