ASEAN perlu ke arah Protokol Perjanjian Suruhanjaya Zon Bebas Senjata ASEAN perlu ke arah Protokol Perjanjian Suruhanjaya Zon Bebas Senjata

ASEAN perlu ke arah Protokol Perjanjian Suruhanjaya Zon Bebas Senjata

DATUK Seri Mohamad Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ASEAN perlu meneruskan rundingan dengan negara-negara bersenjata nuklear dalam usaha ke arah penyertaannya ke Protokol Perjanjian Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, satu galakkan kerjasama dengan zon-zon bebas senjata nuklear lain adalah perlu bagi berkongsi pengalaman dan amalan terbaik seperti dilaksanakan antara ASEAN dengan Agency for the Prohibition of Nuclear Weapons in Latin America and the Caribbean (OPANAL).

“Telah saya tekankan keperluan agar ASEAN meneruskan rundingan dengan negara-negara bersenjata nuklear dalam usaha ke arah penyertaannya ke Protokol Perjanjian SEANWFZ.

“Selain itu, saya menggalakkan kerjasama dengan zon-zon bebas senjata nuklear yang lain untuk berkongsi pengalaman dan amalan-amalan terbaik, seperti yang telah dilaksanakan antara ASEAN dengan Agency for the Prohibition of Nuclear Weapons in Latin America and the Caribbean (OPANAL),” katanya dalam kenyataan.

Beliau kini berada di Vientiane, Laos untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat SEANWFZ.

Selain itu, Hasan berada di negara itu bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-57 (AMM ke-57) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan bermula sehingga 27 Julai 2024.

Semasa AMM ke-57, Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN dijangka akan membincangkan perkara-perkara berikut antaranya agenda pembangunan Komuniti ASEAN; bidang keutamaan dan keberhasilan ASEAN 2024 di bawah Kepengerusian Laos.

Para Menteri Luar Negeri ASEAN juga akan membincangkan persiapan bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan, yang dijadualkan pada Oktober ini di Laos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN