PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan keputusan penyasaran subsidi merupakan pandangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Selain menyifatkan perkara itu sebagai fitnah, beliau menegaskan, semua pihak boleh berbeza pandangan berhubung penyasaran subsidi, namun jangan mencetuskan fitnah dengan mengaitkannya dengan Bank Dunia dan IMF. Katanya, tohmahan mengaitkan beliau dengan Bank Dunia dan IMF timbul sejak dipecat dari Kabinet pada 1998 dan menyifatkan tuduhan itu tiada asas sama sekali.…









