Anwar jumpa keluarga Beng Hock minggu depan

Anwar jumpa keluarga Beng Hock minggu depan

ANWAR Ibrahim (tengah) melakukan gimik Perasmian National Bioeconomy Showcase 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang (dua, kanan). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu keluarga mendiang Teoh Beng Hock minggu depan.

Perkara itu disahkan kepada media selepas menghadiri majlis perasmian National Bioeconomy Showcase 2024 (NBiOSHOWCASE 2024) di Pusat Dagangan Putra, di sini hari ini.

“Saya akan berjumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Minggu depan saya tidak sibuk,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada sudah mengatur pertemuan dengan keluarga Beng Hock.

Ia susulan Anwar sebelum ini memberi jaminan akan bertemu dengan keluarga mendiang dalam masa terdekat ini, kelmarin.

Jaminan itu berikutan sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan atas kematian Beng Hock disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen di ibu negara, Isnin lepas.

Beng Hock yang merupakan Setiausaha politik kepada Exco Selangor daripada DAP ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.

Pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock memutuskan bahawa kematiannya akibat membunuh diri.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian mendiang akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini