PETALING JAYA: Bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara dinaikkan daripada RM30 kepada RM100.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seluruh negara berdukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, Sarawak yang meragut nyawa petugas barisan hadapan.
“Justeru, kerajaan bersetuju menaikkan bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Bayaran insentif petugas kesihatan di Pos Basik juga ditingkatkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan,” katanya pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN











