ECRL dijangka beroperasi Disember ini

ECRL dijangka beroperasi Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laluan Fasa 1 Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka mula beroperasi pada Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan China turut mencapai persetujuan untuk menyambung laluan ECRL ke Rantau Panjang bagi memperluas rangkaian perkhidmatan rel berkenaan.

Katanya, bagi meningkatkan kemudahan penumpang, sebuah stesen bas akan dibina di stesen ECRL Kota Bharu untuk kemudahan rakyat Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan turut memperuntukkan RM270 juta bagi meningkatkan perkhidmatan bas henti-henti di bandar utama, termasuk menghubungkan 15 stesen di Pantai Timur menjelang pengoperasian ECRL,” katanya dalam membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, kerajaan bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan RM1.1 bilion bagi menaik taraf jalan di kawasan pelabuhan dan lapangan terbang.

Katanya, kemudahan yang terlibat termasuk lapangan terbang di Kota Kinabalu, Miri, Tawau, Sandakan dan Pulau Pinang, selain STOLport Long Banga serta Ba’Kelalan di Sarawak. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini