LARUT: Seorang anggota polis berpangkat Koperal ditemukan mati di rumahnya di Selama di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah berkata, anggota berusia 40 tahun itu ditemukan isterinya selepas menghantar anak ke sekolah. “Apabila balik ke rumah, dia terkejut apabila mendapati suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkan kepada penyelia suaminya,” katanya. Sarudin berkata, siasatan masih dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian…










