KUALA LUMPUR: Penyanyi, Alyah dirawat di sebuah hospital di Subang Jaya ekoran batuk berpanjangan yang dialaminya selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji. Penyanyi berusia 43 tahun itu yang pada semalam berkongsi perkara tersebut menerusi Instastory memaklumkan terpaksa pulang ke tanah air lebih awal ekoran masalah tersebut. “Saya ambil keputusan balik ke Malaysia pada 4 Julai, yang mana sepatutnya saya pulang pada 17 Julai. “Batuk saya tidak hilang hampir dua minggu…










