ADUN Rembia undi berkecuali usul kerajaan negeri

ADUN Rembia undi berkecuali usul kerajaan negeri

PROSES pengundian usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera dijalankan ketika Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Datuk Muhammad Jailaini Khamis (BN-Rembia) yang telah digantung keahlian UMNO selama enam tahun, bertindak berkecuali ketika sesi pengundian usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Muhammad Jailani yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Melaka berkata, tindakan itu dibuat selepas berasakan usul berkenaan akan menyebabkan pertindihan fungsi dengan Melaka Finance House Berhad.

Katanya, penubuhan itu juga akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan negeri.

“Selain itu, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) juga cacamarba kerana terdapat rakyat negeri ini yang tidak dapat pinjaman atau bantuan dana. Saya yakin Tapem perlu diperhalusi dahulu dan ditambah baik.

“Isu ini kalau saya debatkan (bahas) pun tidak beri manfaat kerana peluang hanya diberi kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dan pembangkang. Suara saya tidak diterima, jadi lebih baik berkecuali saja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh membentangkan usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera sebagai penambahbaikan kepada pengurusan pinjaman Dana Hartanah Bumiputera yang melibatkan kerajaan negeri dan Melaka Finance House Berhad.

Usul berkenaan disokong oleh Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN-Telok Mas) dan dibahaskan Datuk Khaidirah Abu Zahar (BN-Rim) serta Dr. Mohd. Yadzil Yaakub (PN-Bemban.)

Usul tersebut kemudian diluluskan dengan undian terbanyak iaitu seramai 21 ADUN menyokong, tiga berkecuali dan empat tidak hadir.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×