KUBANG PASU: UMNO Kedah tiada masalah untuk mengenal pasti calon Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang layak lebih awal, namun menganggap cadangan itu ada kelemahan tersendiri. Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan namun memerlukan persediaan yang teliti terutama dari segi calon yang akan bertanding. “Ada pro (kelebihan) dan kontra (kelemahan). Dari segi kontranya, kita nak kena ‘kepung’. Ibaratnya, kalau sudah bagi nama itu…










