200 peserta terbangkan wau, layang di Pantai Geting

200 peserta terbangkan wau, layang di Pantai Geting

SEBAHAGIAN peserta Pesta Wau Antarabangsa Kelantan Kali Ke-14 di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan semalam. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Lebih 200 peserta dari dalam dan luar negara memperagakan keunikan wau serta layang-layang mereka apabila menerbangkannya selama tiga hari sempena Pesta Wau Antarabangsa Kelantan Kali Ke-14 di Pantai Geting, di sini semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain wau, layang-layang bentuk buah-buahan, haiwan dan watak adiwara diterbangkan sepanjang pesta berkenaan.

Seorang peserta dari Indonesia, Liannawati berkata, lebih 10 kali dia menyertai pesta wau di negeri ini.

“Kali ini saya bersama rakan akan menaikkan 10 layang-layang untuk dipertontonkan kepada pengunjung. Antara layang-layang itu termasuk layang-layang naga, ikan, sotong,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Wau  Terengganu C dan D, Mazlan Ismail memberitahu, cuaca yang baik serta berangin memberikan semangat kepada para peserta untuk memperagakan keunikan wau dan layang-layang masing-masing.

Katanya, untuk kali ini pihaknya menyertai lima kategori pertandingan wau tradisional antaranya wau bulan, wau kucing, Jala budi, wau daun dan wau tempurung.

“Selain di Kelantan, kami turut menyertai pesta layang-layang di Pasir Gudang, Johor,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×